Blogger Widgets

I Follow

Wednesday 25 September 2013

Warisan Negara

1)WARISAN SEJARAH
      
        Warisan sejarah merupakan tinggalan lama seperti bangunan,monumen dan artifak.

a)BANGUNAN BERSEJARAH

      Kebanyakan bangunan lama merupakan pusat pentadbiran,pertahanan,pendidikan dan keagamaan.Kini,bangunan tersebut dijadikan warisan sejarah.Mari kita lihat bangunan bersejarah yang menjadi warisan kebanggaan negara.

1)Bangunan Sultan Abdul Samad















Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.
Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat PentadbiranNegeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.
Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.




2)Bangunan Stadhuys













Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan LaksamanaMelaka,Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi GabenorBelanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golonganCina yang kaya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa MelayuBahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.

Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan EtnografiGaleri Laksamana Cheng HoMuzium SasteraMuzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.[1]

3)Kota Margherita
















Kota Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di KuchingSarawakMalaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

Fort Margherita - menara utama. Perlu diperbaikikan.
Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth,Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka.[1]
Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai.
Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunuh telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.
Fort Margherita terletak di seberang Sungai Sarawak berhampiran Astana, kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri Sarawak. Fort Margherita boleh dikunjungi melalui jalan raya. Ia memakan masa 15-minit memandu sepanjang Petra Jaya, atau pelayaran sungai yang singkat dari Pangkalan Batu, di hadapan Main Bazaar Kuching Waterfront. Ia kini terletak di sebelah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru.




4)Masjid Tengkera









Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerahMelaka TengahMelaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.
Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripadakayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari KalimantanIndonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun1890 dan 1910.
Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.
Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.






5)A Famosa







A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.



6)Kellie Castle








SEJARAH KELLIE CASTLE

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.




7)Kolej Melayu Kuala Kangsar





















Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay CollegeMCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (InggerisMalay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak diBandar DiRaja Kuala KangsarPerak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.


Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

SUMBER SEJARAH

Tahukah anda bagaimana ahli sejarah mengkaji sesuatu 

peristiwa?Ahli sejarah mengkaji sesuatu peristiwa 

menggunakan sumber sejarah seperti dokumen dan artifak.

Sumber sejarah ini mengandungi perincian tentang masa 

lampau seperti tarikh,tempat,tokoh terlibat dan faktor-

faktor 

berlaku sesuatu peristiwa.Mari kita kaji.

DOKUMEN

Dokumen merupakan bahan bertulis dan bercetak.Antara 

dokumen tersebut termasuklah surat rasmi,surat 

perjanjian,akhbar,fail rasmi jabatan,manuskrip dan rekod-

rekod mesyuarat.















Gambar di atas adalah contoh-contoh dokumen bersejarah.



ARTIFAK

Artifak merupakan objek dan peralatan ciptaan manusia.Antara artifak tersebut termasuklah tembikar dan peralatan diperbuat daripada logam.

Contoh-contoh artifak:

Wang syiling 
Senjata
Tembikar 
Manik
Rantai


Penemuan Sumber Sejarah

Penyelidikan oleh ahli sejarah dan ahli arkeologi telah membawa kepada beberapa penemuan sumber sejarah.
                  Mari kita lihat penemuan tersebut.

Penemuan batu bersurat di Terengganu pada tahun 1899 menunjukkan kedatangan awal pengaruh agama Islam ke Tanah Melayu.



Batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,Terengganu.



                                PERJANJIAN PANGKOR 1874


Perjanjian Pangkor 1874 dapat menjelaskan peristiwa peluasan kuasa British semasa menguasai negeri-negeri Melayu.





Penemuan artifak seperti syiling,manik dan tembikar membuktikan aktiviti perdagangan telah lama wujud di negara kita.Selain itu,kita dapat mengetahui tamadun masyarakat pada masa itu.

KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH
                                      

                             Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan

#Dokumen pemasyhuran membolehkan kita mengetahui        sebab,akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa.
#Dokumen ini menjadi sumber rujukan bagi mengkaji peristiwa kemerdekaan negara.
#Dokumen ini menjadi satu sumber untuk mengetahui kronologi kemerdekaan negara kita.
#Tulisan Jawi digunakan secara meluas sejak sebelum merdeka.#



Cap Mohor Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan Sultan Alam Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada tahun 1833 H.



2)WARISAN KESENIAN
Negara kita kaya dengan warisan kesenian pelbagai kaum.Beberapa bidang kesenian tersebut telah diwartakan sebagai warisan kesenian negara.Mari kita lihat warisan kesenian tersebut.

BIDANG MUZIK
*Boria

*Bongai *  
*Dondang Sayang
*Gendang Pahang
*Ghazal
*Muzik Gamelan
*Muzik Kaum Semelai






                                                                                                                                           
Ghazal                                            





                                                                                                                                        Muzik Gamelan



BIDANG DRAMA
*Makyung
*Mek Mulung
*Wayang Kulit
*Jikey
*Teater Nur Sakti
*Hamdolok
*Tarian Pulai
*Rodat
*Wayang Gedek



                                  Makyung




                                                 Wayang Kulit


BIDANG SENI KRAF

*Batik
*Songket
*Anyaman
*Kayu
*Perak
*Tembaga
*Seramik





                                               Batik

                                            Songket


BIDANG SENI BINA

*Seni bina Melayu
*Seni bina Cina
*Seni bina India



 


                                                                  SENI BINA CINA

                                SENI BINA MELAYU



BIDANG SENI TARI
*Dabus
*Kuda Kepang
*Joget
*Payung
*Bunga 
*Bhratha Natyam
*Serimpi 
*Sumazau
*Anding
*Ngajat 
*Koncong



                                        Ngajat


                                        Sumazau